Friday, December 30, 2011

Syukur Alhamdulillah


Hari ini Jumaat 30/12/2011 merupakan hari Jumaat penutup tirai bagi tahun 2011. Syukur Alhamdulillah kerana masih diberi peluang dan kesempatan oleh ALLAH s.w.t untuk kita mensyukuri nikmat dan rezeki dikurniakan.

Alhamdulillah, masih berpeluang untuk memohon keampunan, keredhaan ALLAH dan kedua orang tua, Ibu dan Bapa. Sejahteralah ke atas Nabi junjungan kita, Muhammad s.a.w

Syukur Alhamdulilah.

Friday, October 14, 2011

Jangan biarkan ibu dan bapa merayu untuk kita pulang.

Nasir bersendirian di bilik pejabat, menyemak dokumen2 di atas mejanya. sementara menanti waktu untuk pergi solat jumaat.

'nada dering Keluarga Bahagia nyanyian Saujana berkumandang tiba2'
di skrin tertera nama 'Kaklong'...
nasir : Waalaikumsalam kaklong, ade ape.
kaklong :..........
nasir : acu banyak keje la long, minggu dopan yo lah. lagi pun takde ape nak bawak balik untuk omak dan abah.
kaklong :..........
nasir : tengok la nanti, tak janji do. kojo banyak ni. ok Assalammualaikum bye.

Talian ditamatkan.. nasir meneruskan kerjanya, selang beberapa minit.. hand phone nasir berbunyi lagi kali ini tertera 'kampung'. nasir tidak menjawab, nasir membiarkan sehingga beberapa kali berbunyi.. nasir tetap meneruskan kerjanya. akhirnya nasir akur, apabila nasir ingin menjawab panggilan.
no tertera di skrin kali ini no tidak di kenali, nasir menekan butang answer. 'anda mempunyai 1 pesanan peti suara, tekan 1 untuk mendengar...' nasir terus menekan 1...
sayup di hujung talian.....

'Asalammualaikum acu. abah ni.. abah talipon dari tadi acu tak angkek, toghus masuk posan soro ha, acu caj bateri talipon yo. Lopeh jemahat kang, kok acu dah abih kojo. andai kato acu toringat kek abah omak, acu balik la yo. acu jangan susah2 laie bawak buah anggur ko, buah kiwi ko, buah oren ko.. apo2 buah eh la. abah tak kisah do acu balik bolenggang. janji abah dengan omak dapek tengok muko acu bosa rahmat dah tu. omak acu pun cam abah jugak. ghindu boto2 dongan acu.. kok sonang balik la. abah kok terdayo kuek, takyah acu datang do abah sendiri bololah poie kek acu. omak acu yang sakit lutut tu abah gendong bawak poie jumpo acu. tapi itu kalau. yo nak. , omak kirim salam nia ha, omak sihat yo ni kato eh. kemain suko deh bilo tau abah nelepon acu. aa abah beransur la dulu '



nasir : Assalamualaikum abah. petang ni acu balik kampung jumpa mak dan abah.. kirim salam mak......... maafkan acu.

Saturday, September 24, 2011

Hanya Cerita Biasa..

Lama tak menulis, bermula Ramadan sampai dekat penghujung Syawal ini. Hari ini baru aku terasa nak menulis. Bukan apa, Ramadan kita berpuasa bukan puasa makan semata mata. faham2 sudah. Masing2 dah mandi junub pun. bukan anak2 kecil yg digendong lagi.
Awal Syawal tentulah kita sibuk ziarah menziarahi sanak saudara, sahabat handai. Tak kurang juga ada yang menjemput kenduri khawin. Cukup cuti raya, dh mula bekerja. cuti hujung minggu pulak (macam la aku keje opis hour) open house sana, open house sini. manjang open je rumah diaorang. senang keje perompak. hehe itu dah chapter laen.
Oleh kerana memenuhi tuntutan itu semua tadi membuat aku tiada masa untuk menulis. (macam selalu menulis).. tambah sikit (macam la ada orang baca).
Aku seronok betul sekarang ni, Musim EPL dah kembali. Macam biasa la ambo peminat setia LIVERPOOL ynwa. Harap musim ni ada Piala untuk mereka, Sekurangnya Carling Cup. Lama cuti dari sebarang kejuaraan tu. Last 2005 Juara Eropah. Istanbul. Dimana hari itu penuh bersejarah, bagai mati hidup semula bagi kelab Liverpool.
Apa cerita dengan Malaysian Super League ?. Negeri Sembilan la neghori den, Musuhnya Habis Binasa MHB.. Hobin Jang Hobin. InsyaAllah ado rezoki Pialo Malaysia 2011 milik kito hehehe, besar harapan tu. Kalau diberi pilihan antara MSL dan EPL yang mana akan aku tonton jika hari yang sama, aku akan pilih EPL. Kecuali melibatkan Negeri Sembilan Piala Malaysia dan Harimau Malaya untuk international game la.
Kenapa pilih EPL tidak MSL.. tiada semangat kenegaraan ke..? this not about national spirit, this is quality about. kepuasan.. eh teramerika pulak. Kenapa dengan kualiti, Malaysia menghasilkan produk tak berkualiti ke?.. Memang, selain pemain memang Malaysia kekurangan Jurulatih dan pakar taktikal yg berkualiti. Cukup.
Ahmad Hamizan, bukan pemain bola. tapi anak aku yang comel, hensem, cergas dan cerdas tu. Semakin membesar semakin banyak tuah yg dibuatnya. Alahai mulut ibu tak berhenti meleter hehehee... kelakar pun ada comel pun ada gelagat isteri ku seorang, anak kecil hanya berusia 8 bulan tu pun jadi dibawanya 'bergaduh'. Mereka berdua teman setia hidupku. Gigi dah ada 2 batang, merangkak tak cekap lagi dah berhajat nak berjalan. pantang letak mesti nak panjat kusyen. Kuat kakinya, macam kaki pemain bola pun ada hehehe berangan ayahnye, berangan tak salah asalkan tahu bertempat. tak gitu ibunya, hah ibunya angguk. (macam la ibu ada sekarang ni).
huh penat (tipu je), mm cukup la ni sambung laen masa. Assalammualaikum.

Monday, August 1, 2011

Ramadhan Al Mubarak



Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak kepada semua umat islam seluruh pelusuk dunia.
semoga ramadhan kali ini penuh makna, agar dapat dilalui lebih sempurna. Moga dapat dilenturkan nafsu yang selalu membelenggu diri tiada henti itu. agar dapat dilalui dengan penuh sabar.

Hapuskan dendam bersihkan hati, Luruskan niat. marhaban ya ramadhan

Saturday, July 30, 2011

Tewas Tetap Bergaya


Harimau Malaya tumpas di tangan Singapura dalam kempen kelayakan Piala Dunia, pada peringkat kedua. kekalahan agregat 6-4 itu, telah memadamkan impian Malaysia utk mengatur langkah mendapat tempat ke Piala Dunia 2014 di Brazil. Skuad bimbingan Dato' Rajagobal ini berasa kesal dan kecewa, bila hanya mampu menghadiahkan kehampaan kepada penyokong dan seluruh rakyat Malaysia.

Apa lagi hendak di kata, cuba lagi lain masa. Bangga dengan skuad Harimau Malaya gagah dan garang di atas padang. tidak seperti singa yang lembik dan suka berpura pura.

Lebih bangga, pemain Harimau Malaya tulen born in Malaysia bukan ciplak seperti pemain singa. Sungguhpun kita tewas, tapi tetap bergaya.

Walau bagaimanapun, TAHNIAH HARIMAU MALAYA.. memartabatkan nama negara.

Saturday, July 16, 2011

Bicara Pakcik Depan Sogo

video 1



Antara bait2 kata Pakcik Depan Sogo:-

"macam itu ke orang ada temadun, engkau tak sedar. Tanya diri engkau, apa bakti engkau pada negara. Jangan tanya apa bakti negara pada engkau"

"Aku tak boleh nampak kiblat ALLAH, dengan duit"

Video 2



"Biar aku miskin, tapi ilmu aku kaya.. biar aku di hina, tapi martabat aku mulia"

"Aku bukan itu layak bagi diriku, aku musafir bukan aku nak di sanjung tinggi. aku bakal mati dan kaku hancur di makan bumi"

Wednesday, July 6, 2011

KeMelayuan Dah Lama Hilang..

'Takkan Melayu Hilang Di Dunia'.. kata2 Laksmana Hang Tuah kepada dunia. kata2 berkurun berabad lamanya masih kukuh masih utuh di perkatakan hingga kini.
Hingga ke hari ini juga, hanya gah menjadi kata2. ini kerana Melayu hanya pada nama. tidak pada sifatnya. Sifat2 kemelayuan hanya indah secara bertulis tapi tidak pada realitinya. Kalau dulu Melayu bersatu, Melayu teguh. Kini Melayu berpecah, melayu punah. Penderhaka bangsa bersifat angkuh, tamak dan irihati telah membodohkan dan menjahanamkan keMelayuan dan agama. Sedarlah..

Amat pedih melihat bila bangsaku menjadi sebangsat itu. Bangsa yg mempunyai adab budaya kesopanan yg tinggi dan tersohor kini menjadi suatu bangsa yg tidak bermaruah dan tidak bernilai di mata bangsa2 lain. Hanya di sebabkan sebilangan penderhaka ini. Mereka lupa, mereka tak merasa dan mereka tak mengenang jasa. bagaimana azab dan siksa nenek moyang mereka bertarung nyawa mempertahankan tanah air, bangsa dan agama mereka. Cukup dayus penderhaka ini sewenangnya mahu menjahanamkan Melayu di muka bumi ini. Persetan mereka2 itu semua. Sedarlah..

Melayu kini telah menjadi polos (tidak mengerti dan mengenal). Kerana kuasa sesama kita bertelagah, kerana nama kita lupa dan terlalai. Kerana wang maruah tergadai. Ayuh bangsaku, bangkit dan sedarlah dari mimpi palsu indah itu. Jangan berleka lagi. Kini kita telahpun dijajah, Budaya dan agama telah dipesongkan. Sedarlah..

KeMelayuan dah lama hilang. Perpaduan dihalang perpecahan diundang. Fitnah, makian dan cacian menjadi makanan. Bodohnya mereka2 ini, bertuankan pertualang. Bijaknya si batu api. Siapa untung siapa rugi, Sendiri teliti. Tepuk dada tanya selera, ikut rasa hati binasa dan mati. Carilah panduan yg hakiki, nescaya hati putih dan suci. Sedarlah.

Bangsaku, bersamalah kita kembalikan keMelayuan dalam hati seluruh bangsa kita. iaitu bangsa MELAYU. Kita buang sifat2 angkuh, tamak dan irihati sesama kita. Sematkan Melayu bangsaku, Melayu saudaraku. Nescaya KeMelayuan kita pulih kembali.

''Hidup Melayu Bangsaku''

Sunday, July 3, 2011

BERSIH vs KOTOR


BERSIH..

Bersih adalah satu keadaan di mana persekitaran, kawasan, permukaan, atau ruang itu terhindar dari sebarang kekotoran.. seperti tiada sebarang sampah, habuk, najis dan sisa makanan yg bertaburan secara semulajadi atau buatan manusia. mempunyai udara yang menyegarkan dan menyihatkan.

KOTOR..

Kotor adalah satu keadaan di mana persekitaran, kawasan, permukaan, atau ruang itu terhindar dari kebersihan.. seperti sampah, habuk, najis dan sisa makanan bertaburan sana sini.. bau busuk, di gemari ulat, tikus, lipas dan lalat.

Friday, June 17, 2011

Tazkirah : Doa ketika duduk antara dua sujud



Marilah kita mula menghayati ketika kita duduk di antara dua sujud semasa solat. Dengan rendah hati, nyatakanlah permohonan ampun kepada Allah; Robbiegfirli (Tuhanku, ampuni aku). Diamlah sejenak, buka dada dan diri kita untuk menerima keampunan dari Allah.

Tetaplah membuka diri kita untuk menerima keampunan Allah. Ulangi permintaan itu beberapa kali hingga kita merasakan ketenangan, kemudian sampaikanlah permintaan kedua, Warhamni (sayangi aku). Diam dan tundukkanlah diri kita untuk menerima kasih-sayang Allah yang tak terhitung besarnya.

Bukalah dada kita seluas-luasnya agar semakin banyak kasih-sayang Allah yang kita terima. Ulanglah beberapa kali hingga kita merasa cukup. Berturut-turut sampaikanlah permintaan-permintaan berikut dengan cara sebagaimana tersebut di atas, satu persatu..

Wajburnii (tutuplah aib-aibku)
Warfa'nii (angkatlah darjatku)
Warzuqnii (berilah aku rezeki)
Wahdinii (berilah aku petunjuk)
Wa'Aafinii (sihatkan aku)
Wa'fuannii (maafkan aku)

Setelah selesai, diamlah sejenak lalu sampaikan rasa syukur kita betapa besarnya nilai doa ini, sebuah doa yang kita hanya remehkan begitu sahaja.

salinan dari http://tazkirahs.blogspot.com

Thursday, June 9, 2011

Marilah dan Gambit

Kecoh pasal klip video 'marilah' ciptaan Gambit Saifullah. Ada yg memuji dan menyokong. Ada yg mengeji dan membantah. Klip video itu di katakan lebih kebaratan, dimana ada unsur2 lucah. Kandungan dalam video itu menayangkan, watak wanita berbaju tidur seksi. Menari dan berbahasa tubuh yg ghairah dan memberahikan utk tatapan mereka2 yang mempunyai nafsu yg lurus ke arah itu.juga sedikit adegan lelaki dan wanita bersedia untuk melakukan hubungan yg 'erat'.

Kesian Gambit apabila hasil titik peluhnya dikritik hebat. Namun dia perlu mengambil kira sensitiviti masyarakat yang beragama islam, dan budaya masyarakat malaysia. Gambit berkata video itu dibuat utk pasaran luar negara sahaja. Pada pandangan aku, walaupun ke pasaran luar negara. video itu pasti tersebar di serata dunia dan tempatan. itulah kuasa internet. sekarang pun sudah dapat ditonton masyarakat tempatan, sebab itu tercetusnya kontroversi ini.

Mudah, kalau anda semua merasakan sesuatu klip video itu menyimpang dari landasan. jangan tonton habis dan jangan ulang tonton.

Thursday, April 7, 2011

Usop Wilcha Mania




'Saye usop, bekas penari kebudayaan. ingin memberi cadangan, supaya kite bako je rumah kak limah. sape setuju angkat tangan macam saye'.. Siapa tak kenal dengan Usop Wilcha sebut sahaja usop wilcha, besar kecil tua muda pasti mengenalinya.. dengan ayat trademark 'kite bako' menjadi ikutan peminat satu malaysia. ini semua gara2 watak dibawa usop atau Syed Mohd Asri(shy8) dalam filem Zombie Kampung Pisang dan Hantu Kak Limah Balik Rumah yang ditayang kan di pawagam,baru-baru ini.
ternyata keletah usop dgn lenggokan tangan yg terbawa-bawa olehnya sebagai bekas penari kebudayaan itu, berjaya menambat hati penonton yg kini mempunyai ribuan peminatnya sendiri.

Cuba search dalam facebook, taip sahaja nama usop wilcha berlambak keluar fan page usop. perghh kamu memang glamer usop oii.. tuah badan, sape sangke. duduk ateh wilcha buleh glamer.. awok pun salah sorang peminat kamu usop. awok dah kabo. kamu jangan buat kelakor. nanti awok minat giler ke kamu. buah pinggang awok ni tak buleh kontrol ketawe.. bile awok dh ketawe mule je nk poco-poco.

Siapa Syed Mohd Asri (shy8) ni.. bapa kepada seorang anak dan suami kepada seorang isteri ini merupakan, seorang pengurus komunikasi korporat syarikat Tanjung Offshore Berhad. sebuah syarikat minyak dan gas. siapa sangka, shy8 ini adalah seorang yg berjawatan besar. dan pasti juga ramai tak tahu bahawa shy8 terlebih dahulu bergelar penyanyi dan pernah melahirkan sebuah album yg berjudul Terasing Di Bumi Sendiri edaran syarikat rakaman Ambang Klasik pada tahun 1996.

Shy8 baru sahaja selesai menjalani penggambaran sekuel filem Hantu Kak Limah Balik Rumah yang berjudul Husin, Mon dan Jin Pakai Toncit. tak sabo rasenye nk tengok ape ke 'hadiohnye' kepada peminat dalam filem terbaru itu nanti. yang pastinya usop wilcha akan menggeletek setiap penonton dan peminatnya. Tahniah kepada mamat khalid kerana berjaya menghidu seseorang seperti shy8 yg punyai bakat besar dalam dunia lakonan. dan tahniah juga diucap kan kepada shy8, kerana berjaya mencetuskan fenomena usop wilcha.

Awok harap, kamu terus maju jaye dalam lakonan kamu ye usop.. kamu jangan la koje membako romah je. kesian ke deme semua. habih romah takde deme nk duduk mane. haa ce pikior ce pikior. nk harap bantuan subsidi kerajaan bilee la gamoknye mendapat. kesian ke deme.

Suatu masa nk melawat kampung pisang, kuala kangsar

Thursday, March 31, 2011

Memori PLT

'klik gambar utk beso'

Dimanakah sahabat2 semua. kenangan sewaktu bersama seperti ini amat dirindui. saat aku menatap setiap wajah2 sahabat semua. lantas kenangan suka duka bersama terbayang jelas di mata.. suara sahabat, gurauan sahabat, rajuk sahabat, amukan sahabat semua masih jelas dimata. kemana sahabat semua menghilang, tidak kah sahabat2 semua rindukan saat seperti dahulu. kalau boleh mahu saja aku undurkan putaran dunia. (perghh gilerr) ingat sampai bila2.

Andai kata ada antara sahabat2 yg tersesat, terjumpa, atau terpaksa melihat blog ini, sila la hubungi aku. melalui fB aku. seperti terpapar di profile. atau mana penjelajah yg tersesat, dan mengenali mereka2 di dalam tayangan gambar pegun ini. sila la beritahu kenalan anda. budi dan jasa anda amat di hargai.

sekian terima kasih

Sunday, March 27, 2011

Politik Semasa

Politik adolah 'ilmu pemerintahan' atau 'ilmu siyasah', iaitu 'ilmu tata negara'. Politik dalam Islam menjuruskan kegiatan ummah kepado usoho untuk mendukung dan molaksanokan syari'at Allah molalui sistem kenegaraan dan pemorintahan. manokalo politik dalam malaysia, mengutamokan kuaso, wang ringgit, dan kepontingan diri jugo kroni.

Eden bukan minat bona dongan cerito politik ni do.. tapi kobolakangan ni yo den ghoma maco isu politik semaso dalam malaysia ni.. yg lua2 negaro tu dulik an la hai. macam2 cerito, macam2 pe'el manusio yg berpolitik ni. kalau nk ceghito semuo, sampai luso sampai tulat tak abeh. apo yg den heran, kojo diorg ni bukan bopakat dan muafakat nk montadbir negaro. tapi leko dek bocakar. org tu koba org ni tak boto, org ni koba org tu pun tak yo boto. sudah eh sampai sekarang jalan ghusak, longkang tosumbek, tak beboto-boto an. tu yo boto.

Politik dalam malaysia ni dasyat. orang2 politik ni pun hebat2.. mcm2 golaran, mcm2 pangkat ado. mereko ni todiri dari polbagai latar bolakang. cikgu pencen ado, askar pencen ado, profesor ado, doktor ado, kerabat rajo ado, ustaz/ustazah dan ahli ulama' ado, tokey kodai minyak ado, kontraktor ado, sekarang ni. artis pun dh ado. artis tu pulak dah tak buleh cari makan laie agak eh, join politik, buleh cari makan yo tak.. bukan calang2 orang tu do.

Politik ni ado org kato kotor, tapi bukan politik tu kotor do. org2 dalam politik tu yg kotor. diorg ni kalau bertujuan nk jatuh an seseorang, yg mano org itu berpotensi membori ancaman pado karier diorg memang cukup handa. skandal, video terlampau, seksual macam2 fitnah di tabur ( Sabda Rasulullah SAW: “Tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah.” Hadis riwayat Bukhari dan Muslim). cerito zaman nakal 30 tahun lopeh pun buleh bobangkit semulo. tu pasal guru den posan. 'kalau nk buek jahat, buek jahat sorang2. jgn berkawan. kolak kawan makan kawan' tengok la yg ado2 tu. mangso kawan2 la tu. padan la muko kau.

Politik dalam malaysia ni jugak, buleh membawo kehancuran kepado perpaduan ummah. cayo tak? kalau ado yg kato tak percayo. duduk dalam hutan. 'no network coverage'. tak kan tak nampak kan, den maleh nk sobot lobih2. nijam rakyat mano buleh bersuaro lobih. nijam bukan demokrasi laie. tapi "demolish". mano buleh camtu. ingat negharo komunih ko. sudah la. mengabeh an boreh yo. den poie minum kupi O mo cekodok ikan bilih cocah mo masak lomak belen2 lam piyuk tu laie sodap.

'Bukti Pomimpin yg bona2 memimpin, punyai sobuah negaro yg aman dan harmoni'

Wednesday, February 9, 2011

Ahmad Hamizan

Tarikh 19 januari 2011. adalah hari paling bersejarah dalam hidup aku. dimana pada waktu itu, adalah hari yg merubah status diri aku. hari yg tak akan aku lupakan sampai bila2.. hari dimana terzahirnya penyambung warisanku.19 januari 2011 lahirnya seorang insan kecil,pertama kali melihat dunia begelar anak. insan kecil dilahirkan hasil dari kemesraan dan kasih sayang dua manusia begelar ibu dan ayah. insan kecil kurniaan dari ALLAH swt. syukur Alhamdulillah.
Lahirnya, ku nanti dgn penuh debaran. dimana saat dan pengalaman paling indah, mendebarkan dan bahagia dalam dunia.ketika aku disamping isteri tercinta berada dalam dewan bersalin. bersama menyaksikan detik kelahiran itu.lebih gembira bila anak itu keluar dgn tangisan. air mata kesyukuran begenang di mataku..
Ahmad Hamizan bin Rohazli. itulah nama yang aku berikan kepada anak sulung ku itu. Apa perasaan ku?. sudah pasti gembira tak terkata, begitu juga isteriku. terasa bangga bila memiliki zuriat sendiri. sudah pasti aku sgt menyayangi anak itu. syukur sekali lagi kepada ALLAH swt, kerana memakbulkan doa ku. dan aku berjanji pada diri tidak akan mensia siakan anugerah yg telah di kurniakan. InsyaAllah.
Ahmad Hamizan, ayah dan ibu berjanji akan membesarkan kamu sebaik baik mungkin, menyayangi kamu sepenuh jiwa dan raga.. akan memastikan kamu menjadi insan berguna, kepada masyarakat, bangsa dan agama. insyaAllah selagi ayah dan ibu berdaya, selagi belum menutup mata.
Assalammualaikum.

Thursday, January 6, 2011

Selamat tahun baru 2011

Alhamdulillah sampai juga kita ke 2011. selamat tinggal 2010.. berlalulah bersama suka duka sepanjang tahun itu.. 2011 menjanjikan lembaran baru, tekad dan keazaman pasti tepatri di setiap sanubari mereka begelar manusia.. bersujud lah berdoa lah.. agar di beri keizinan ALLAH s.w.t...