Wednesday, February 9, 2011

Ahmad Hamizan

Tarikh 19 januari 2011. adalah hari paling bersejarah dalam hidup aku. dimana pada waktu itu, adalah hari yg merubah status diri aku. hari yg tak akan aku lupakan sampai bila2.. hari dimana terzahirnya penyambung warisanku.19 januari 2011 lahirnya seorang insan kecil,pertama kali melihat dunia begelar anak. insan kecil dilahirkan hasil dari kemesraan dan kasih sayang dua manusia begelar ibu dan ayah. insan kecil kurniaan dari ALLAH swt. syukur Alhamdulillah.
Lahirnya, ku nanti dgn penuh debaran. dimana saat dan pengalaman paling indah, mendebarkan dan bahagia dalam dunia.ketika aku disamping isteri tercinta berada dalam dewan bersalin. bersama menyaksikan detik kelahiran itu.lebih gembira bila anak itu keluar dgn tangisan. air mata kesyukuran begenang di mataku..
Ahmad Hamizan bin Rohazli. itulah nama yang aku berikan kepada anak sulung ku itu. Apa perasaan ku?. sudah pasti gembira tak terkata, begitu juga isteriku. terasa bangga bila memiliki zuriat sendiri. sudah pasti aku sgt menyayangi anak itu. syukur sekali lagi kepada ALLAH swt, kerana memakbulkan doa ku. dan aku berjanji pada diri tidak akan mensia siakan anugerah yg telah di kurniakan. InsyaAllah.
Ahmad Hamizan, ayah dan ibu berjanji akan membesarkan kamu sebaik baik mungkin, menyayangi kamu sepenuh jiwa dan raga.. akan memastikan kamu menjadi insan berguna, kepada masyarakat, bangsa dan agama. insyaAllah selagi ayah dan ibu berdaya, selagi belum menutup mata.
Assalammualaikum.