Tuesday, December 14, 2010

Media Kini

Media cetak atau media elektronik keduanya adalah saluran infomasi.. bezanya, media cetak infomasinya secara bertulis melalui akhbar, majalah dan risalah papan iklan tidak temasuk petai sepapan. manakala media elektronik secara langsung melalui PLASMA/LCD tv 24" 32" 42" mereka.. juga melalui radio dan internet. keduanya juga ada kelebihan dan kekurangan.

kelebihan kedua media ini, setiap maklumat lama, terbaru, terkini, tak kira dalam dan luar negara. infomarsi berguna dapat di sampai kan kepada masyarakat. hiburan, sukan, berita, ekonomi malaysia kini, dunia kini semua ada.. salah satu peranan media yg bagus adalah.. mengelak aku dan mereka semua dari menjadi katak bawah tempurung.. sebagai contoh, media memaparkan kisah masyarakat, aduan tentang nasib malang mereka minta simpati, bantuan dan pembelaan.. kampung tiada bekalan elektrik, air.. di landa banjir.. jalan rosak.. kemiskinan. kejayaan.. promosi perniagaan kampung, pekan, bandar.. semua perkara itu menjadi peranan media utk menyampaikannya.. terima kasih pihak media.. tahniah teruskan usaha anda.

kekurangan. ada kelebihan mesti ada kekurangan.. maklumat yg di sampaikan. kadang2 tidak sesuai.. mengerikan dan keganasan.. hiburan melampau yg melalaikan.. berita yg di tokok tambah supaya lebih berperisa di mata masyarakat.. semua ini memberi impak kepada yg menerima seperti aku dan mereka. sebagai contoh media memaparkan berita yg mengerikan. seperti kemalangan.. peperangan, keganasan.. tajuk besar "pemuda putus kepala dalam kemalangan basikal".. "pesara tentera maut di gilis lori tentera, otak melekat di tayar dan jalan".. "lima beranak terburai perut, di tikam pesakit mental".. "mayat mangsa pengebom berani mati hancur besepai". hari2 ada saja berita mengerikan. ngeri kan dengar.. ada yg tunjuk gambar. ada tu tunjuk gambar tp di kabur kan sikit.. lebih baik tak payah tunjuk langsung. amat besar impaknya kepada aku dan mungkin juga mereka yg lain. kadang2 aku sampai tepikir dunia ni adalah tempat paling tidak selamat untuk hidup. tapi aku cepat tesedar, pantas aku nyah kan fikiran jahil itu dr kepala otak aku. syaitan sentiasa cuba untuk menyesatkan kita.

Media kini. aku tertanya tanya, adakah maklumat yg di sampai kan semuanya benar. atau di reka sekadar melariskan jualan mereka atau mereka di suruh berbuat demikian oleh pihak2 tertentu.. yg kecil di besarkan, yg besar di kecilkan. yg tiada di adakan, yg ada di tiadakan.. yg tidak di bolehkan, yg boleh di tidakkan.. kasihan mereka yg teraniaya. lebih2 lagi dalam isu politik.. mungkin ada yg bersetuju. mungkin ada yg tidak, dgn apa yg aku perkatakan ini. terpulang kepada setiap mereka utk menilai dan melihatnya hari ini. aku berkata hanya melalui sudut pandangan aku. tidak di pengaruhi mana2 pihak.

Sunday, November 21, 2010

21 November




21 november, usia aku bertambah lagi.. bertambah TUA, bukan MUDA. tapi yang pasti aku bukan tua, aku cuma kurang muda.. nyanyi sikit 'happy birthday to me.. happy birthday to me.. happy birthday to me hazli.. happy birthday to meee'... terima kasih, terima kasih semua. aku besyukur kepadaMU yaALLAH, kerana masih di beri peluang utk bersujud dan menadah tgn padaMU. ALLAH maha besar, ALLAH maha besar, ALLAH maha besar.
21 november telah lahir nya aku kedunia, seorang bayi lelaki seberat 3kg, berbangsa melayu beragama islam.. pertuturan pertama aku lafaz, tangisan. pendengaran pertama aku dengar, azan. pandangan pertama aku lihat, cahaya.. lahirnya seorang aku, yg membawa sinar kebahagiaan,di antara dua pasangan ibu dan bapa. lahirnya seorang aku, sebagai putera sulung di istana mereka. lahirnya seorang aku sebagai penyambung warisan mereka. lahirnya seorang aku menjadi umat MUHAMMAD saw. lahirnya seorang aku, menjadi hamba ALLAH swt.
21 november dewasanya aku kini, menjadi seorang lelaki, suami dan insyaALLAH bakal begelar bapa. terima kasih kawan, terima kasih sahabat, terima kasih kenalan, terima kasih saudara, terima kasih isteri, terima kasih ibu bapa. kerana menjadi sebahagian dari aku. terima kasih.

Sunday, October 31, 2010

Rusa 1 - 2 Kijang





Si rusa kecundang di tangan kijang, saat melihat kekalahan di depan mata, hanya tuhan saja yg tahu bagaimana perasaan aku ketika itu.. menitis air mata darah pun tak kan dapat merubah apa2 keputusan pun. telah tersurat bahawa aku kena terima kekalahan
itu. melihat permainan rusa, mereka telah berusaha sedaya mungkin, namun nasib tetap tidak menyebelahi mereka. tahniah la kijang nasib mereka baik.
Rusa bersedih, kijang bergembira.. itu adat pertandingan.. yg kalah terjelepuk, yg menang mendabik dada... antan bertingkah sahut sahutan.. ejek mengejek sulam menyulam, provokasi menjadi hiburan. itulah mereka, beza antara dua nasib.
Rusa tunduk, kijang masih lagi menari.. terlalu megah mereka di atas puncak kegemilangan sana. berbangga mereka dengan keangkuhan mereka, tanpa mereka sedar cerita2 itu telah mengguris perasaan 'teman' sepermainan mereka.. mereka mendada dengan kejayaan mereka..
Rusa telalu bnyk pengalaman, si kijang anak mentah yang baru melangkah ke dunia baru.. mereka masih terbuai dengan keasyikan begelar juara. masih lagi mendada.. kenapa mereka tidak 'mendongak'.. mereka lupa ke.. itulah sikap mereka.. tak tahu lah kalau mereka bergelar sang kecundang.. entah apa yg akan mereka lakukan.. keganasan itu pasti hidangan sajian mereka. maka huru hara lah stadium bukit jalil malam itu..
tercetusnya pergaduhan,mungkin lebih dasyat pembunuhan.. 'siahpaleh hai' kata org n9..
Rusa cuba tersenyum, kijang melebarkan senyuman, tahniah la di ucapkan, peluklah kucuplah.. simpanlah piala yg menjadi milik mereka 'selamanya' itu.
kepada rusa. jika kau merasa kecewa, pandanglah pada sungai, airnya mengalir biarpun bejuta bongkah batu menghalang.. kalau kau merasa sedih, pandanglah pada langit.. kau akan sedar bahawa, ALLAH sentiasa bersamamu. majulah PBNS utk n9..
HOBIN JANG HOBIN....

Saturday, October 16, 2010

Inderapura Lake Resort, Pekan Pahang.







Aku menginap di sini masa outstation ke pekan, pahang.
aku beri cap 'A' kt resort ni. walaupun agak sunyi. maybe bukan time cuti, cuti sekolah, atau time kenduri kawen, atau time PRU dan PRK hehehe..
Harga sebuah penginapan dr rm100 ke Rm200 satu malam.. tidak termasuk deposit.
sesiapa yg bertandang ke pekan, boleh la menginap di sini.
sesuai utk penginapan satu family..

Sunday, October 10, 2010

System Of A Down - Roulette

I have a problem that I can not explain
I have no reason why it should've been so plain
I have no questions but i sure have excuse
I lack the reason why I should be so confused
I know, how I feel when i'm around you
I don't know, how I feel when i'm around you
Around You...
Left a message, but it ain't a bit of use
I have some pictures but what might be the deuce
Today you saw, you saw me, you explained
playing the show when running down the plain
I know, how I feel when I'm around you
I don't know, how I feel when i'm around you
I, I know, how I feel when i'm around you
I, don't know, how i feel when i'm around you
Around you...
I, I know, how I feel when i'm around you
I, don't know, how I feel when i'm around you
I, I know, how I feel when I'm around you
I, don't know, how I feel when I'm around you...
Around you...
Around you...
Around you...
Around you...

Tuesday, September 7, 2010

Yeayy Balik Kampung!!



Yeayyyyyyyy, besok raya! beesok raya! besok raya! itu dulu.. cukup sinonim ngan bebudak, dlm drama2 tv... dan cerita berkaitan raya.. aku dulu mcm tu jugak.. tapi dgn loghat n9.. 'esok ghayo yeayy! esok ghayo yeayy !esok kayo yeay ! esok kayo yeay!'
haha.. tu la deh...
Hari ni.. aku dan isteri memulakan perjalanan pulang beraya di kampung... tak jauh pun... felda jelai... gemas.. aku seronok sgt.. lebih seronok dr zaman kanak2 aku dulu.. dan mungkin aku antara org paling seronok rasanya... ini buat pertama kalinya aku menyambut aidilfitri bersama... seseorang bergelar ISTERI.. yeayy i luv my wife...
Tahun depan rumah rumah mertua pulak.. Port Dickson.. Alhamdulillah, isteri aku mmg memahami.. boleh bawak berunding.. tak pulak berebut nak balik mana dulu.. mcm sesetengah org yg ada tu..
Selamat Hari Raya 2010,
maaf zahir dan batin.

Saturday, August 28, 2010

Ramadhan Kali Ini...





Rasanya ini kali pertama.. aku tidak dpt menyambut awal puasa bersama keluarga ku...
dulu, tidak boleh tidak.. aku mesti balik, sambut puasa dgn mak ayah.. skrg ni dh masuk hari ke 18.. aku masih tidak dpt berbuka bersama mak dgn ayah aku.. mulut dan jari kata.. aku tak kisah, mereka pun tak kisah.. dlm hati aku dan hati mereka kisah ke?.. aku dan mereka je yang tau.. dan ALLAH swt.
Aku kena redha semua tu. dulu aku bujang.. bebas utk aku... skrg aku begelar suami.. dah tentu aku di samping isteri.. insyaALLAH, tak lama lagi begelar bapa.. . perjalanan hidup aku kini berubah sedikit demi sedikit... aku tau.. mereka di luar sana pun mesti melalui apa yg aku lalui skrg ni.. ini lah fitrah kehidupan manusia..
dan setiap perjalanan hidup kita telah di tentukan oleh ALLAH swt.
Lemang.. sebelum ni.. tiap2 kali sambut puasa.. ayah aku mesti beli lemang.. rendang mak aku buat sendiri... kalau ayah tak beli.. kesian mereka yg jual lemang, sapa nak beli lemang mereka. kalau tidak ayah... tapi aku percaya.. lebih seronok kalau bakar lemang tu sendiri.. bermula dr proses mencari buluh.. cari daun pisang.. masuk beras dan santan dlm buluh.. cari kayu api.. hidupkan api.. jaga api dan bakar lemang sampai masak.. walaupun penat.. berbaloi, puas hati. air tangan kita..
Terawih.. 1 ramadhan kali ini.. di tempat aku masjid kuning KD. alhamdulillah.. ramai jugak yg dtg solat terawih dkt sini.. penuh masjid. kat kpg aku sendiri pun tak penuh mcm ni.. budak2.. ermm biasa la.. zon permainan mereka terlalu besar.. bebas... di mana2 sahaja... itu tggjwb ibu bapa mereka utk memastikan anak mereka tidak menimbulkan masalah pada jemaah yg laen.. masa aku budak2 dulu pun mcm tu jugak.. mereka semua pun sama...
Pelita.. mesti mereka ingat nasi kandar pelita .. boleh tahan jugak masakan mamak tu. hehe.. tapi bukan pasal mamak pelita tu,, ini pasal pelita minyak tanah..
masa kat kpg dulu.. dua minggu lagi nk raya aku dh pasang pelita dh... ayah beli minyak. aku isi minyak sebelum berbuka.. malam selepas berbuka. aku nyalakan..
nahhhhhhhhhhhhh.. keliling laman rumah bercahaya.. agak bangga jugak la.. siap jeling2 umah jiran tu... sekarang ni.. ayah aku sorang2 je yg pasang rasanya.. itu pun kalau dia rajin.. bagaimana agaknye saat ayah memasang pelita.. bagaimana wajah ayah.. saat tu. ingat kah ayah saat dia dan anak2 nye yg kecil ketika itu memasang pelita.. ermm aku rindu saat itu.. kalau sebelum ni adik aku pun ada.. boleh bantu. skrg ni adik aku pun duduk asrama.. entah bercahaya ke tidak tahun ni laman rumah itu dgn cahaya pelita... sayu nye.. tapi harap cahaya pahala kedua ibu bapa ku ramadhan kali ini, lebih cerah dr pelita tu.. semoga ramadhan kali ini penuh bermakna buat mereka..
amin...
mak, ayah.. abg sayang mak dan ayah... abg rindu setiap saat bersama mak dan ayah.. salam ramadhan dan salam aidilfitri...

Thursday, July 8, 2010

Agak Lama Juga

Aku pasti mereka semua sihat ... agak lama juga aku tak memblogkan jari jemari gemalai aku kat sini.. haha.. tak kelakar langsung.
rileks la.. aku cuba mendidik emosi aku menjadi lebih terkawal... bravo SPAIN!!!!! kesian germany.. member fesbuk aku bernama 'ain klinsmann' pasti sedih... walaupun klismann dh pencen. dia tetap idola ain.. huh takda sebab aku nk ceritakan dgn lebih kilometer... (V-power dh jadi ron97) abaikan mereka...
Agak lama juga.. aku mencari ilham utk menceritakan perihal mereka di luar sana.. tapi hampeh idea yang datang semua 'umpatan ' berlaka.. aduh tiba2 kelibat madnot melintas di ruang legar sudut pandangan mata ku.. kenapa mereka ini yang tiba... kenapa tidak jenifer lopez... aku melontar kan pandangan ku keluar tingkap... nahhhh tu dia.. kelihatan nya seperti.. seorg wanita sedang berjalan menuju ke restoren seberang...
dari cara pemakaian nya indon barangkali.. kain nye merah kusam.. baju, tshirt lengan pendek hijau tua... harmoni kah padanan warna itu... ? mereka fikir la sendiri...

Agak lama juga .. aku merenung ke luar jendela.. eh tadi aku guna tingkap kan... ah pedulik la... aku lihat mereka di kedai tayar sibuk melakukan tugas yg di amanah kan... berbaloi kah dengan gaji mereka... sudah pasti.. masakan mereka kelihatan gembira melakukan tugas itu... bertuah mereka..
madnot huh.. keje tak seberapa, makan gaji buta.. memerah tenaga aku dan mereka... huh rileks hazli... kontrol.. kontrol.... tak buleh sebut nama dia beb aku panas..

Agak lama juga aku tetido dpn PC ni .. pergh... berair keyboard.. air liur mereka la tu... bukan aku... nGeeeeeee.. sedikit ceria... tak tahu kenapa...
wife aku nak pulang dari kerja kot.. haha.. my beloved wife.. abang
menanti mu di depan meja makan....
byeeeeeeeeeeee

Wednesday, April 14, 2010

Entah la

Entah la... malam ni kepala otak aku sikit serabut.. fikiran aku becelaru... runsing, hancing.. kusut rambut aku.. bermacam perasaan yg timbul dalam hati.. marah, sakit hati.. sedih.. sumo cukup. apa yg aku marah pun aku tak tau..
sakit hati pada siapa? aku pun tak tau... sedih aku kerana ape.. aku pun tak tau...
semua ni kerana mereka ke.. entah la..
Aku macam dah overload tunggu masa nak flashover.. rasa nak jerit, terpekik, terlolong macam orang ilang pedoman... Aku rasa macam nk pergi tumbuk muka mereka2 yg sedang masak kt seberang jalan nu (Restoran).. tapi apa salah mereka tu.. mereka tak bersalah.. kadang2 aku rasa nak tapak kan kaki aku kat muka apek2 kedai tayar seberang jalan nu(bengkel tayar).. tapi apa salah mereka, mereka tak bersalah.. lagi pun malam..mana bukak bengkel.. entah la.
Kenapa aku macam ni.. kerana playstation aku rosak? kerana line handphone aku dh kena sekat dari membuat sebarang panggilan? terima kasih celcom.. tanpa pesanan terakhir kau sekat jugak line aku. tinggal lah aku menanti panggilan dari mereka2 yang mengingati aku.. ingat kah mereka padaku? mungkin tidak. kerana aku pun tak pernah cuba mengingati mereka... padan muka aku.. ada mereka kisah.. aku tak pernah peduli.. mereka pun sama..
Parah... jiwaku seakan mahu memberontak.. persis baju merah kat thailand nun.. setiap batuan saat, setiap lenggokan minit.. setiap derapan jam.. aku semakin panas.. resah, gelisah... untuk apa aku begitu, aku pun tak tau.. mereka tahu? tentu sekali tidak.. mereka siapa.. ini tentang aku.. aku punya pasal la.. bodoh.. siapa yang aku bodoh kan.. aku!! bukan... bukan aku. mereka? bukan.. bukan mereka.. tetapi syaitan2 yang memboneka kan.. hati dan akal kewarasan ku.. memang sial. entah la.
Hampeh.. setiap benda yang aku lakukan serba tak menjadi... aku marah sangat ni... bengang se bengang bengang nye... 'woiiiiii apasal kau buat aku macam ni ha woiiiii'
kenapa kau nk merosakkan fikiran anak adam ni... tak boleh ke kau nyah dari hidup aku... masyaALLAH ape yang aku merepek ni.. ya ALLAH... kau berikan la aku kekuatan, untuk memelihara rohani dan jasmani ku... sesungguh nye hidup aku dan mati aku bersamaMU ya ALLAH...

Thursday, April 8, 2010

Hari ini

Aku ke melaka Hari ini. Dah tentu atas urusan kerja. minyak dgn tol boleh claim beb. kalau saje2 ermmm tak ada maknanye. buat haus bunga tayar je. Tapi aku bukan lah begitu. Aku tak lah sampai berkira macam tu. Tak tahu la kalau mereka di luar sana.
jangan hairan, kalau mereka begitu. pasti semua dah tahu kenapa mereka macam tu.
Aku tak mahu cakap, nanti "Alamak Terlebih Sudah".
Kerja aku selesai Hari ini juga. Mereka puas hati.. biasala profesional haha...
Mereka tak tahu, masalah tu bukan rumit sangat. cerita nye saje yg rumit.. haha
aku gelak kan mereka.. peduli ape, mereka tak tahu.. Aku saje yang tahu..
Hahaha gelak aku gelak.
Aku balik kL Hari ini juga.. sampai rumah letih sangat2. bukan letih kerja. letih duduk dalam kereta. bukan aku drive pun, rakan sekerja aku.. hahaha rakan sekerja aku la yang terlebih letih nye.. hahaha aku masih gelak. kesian mereka yang drive.
Sampai rumah sebelum Maghrib. Alhamdulillah selepas selesai solat.. Aku 'melurus kan pinggang'. Aku pun tak tahu kenapa ayat tu yang sesuai di gunakan.. sebab ayat itu la yang mereka selalu guna.
Hari ini malam ini.. aku melayar internet.. layan facebook dan blog..
jadi Hari ini, aku menulis lagi..... :)

Pertama Kali

Buat pertama kali nye aku, terpanggil untuk menulis blog. aku bukan nye pandai nk menulis ni. kawan2 aku semua ada blog. mereka kata blog sekadar mengisi masa terluang. betulke? kalau dah 24jam mengadap tu, isi masa terluang ke?. aku nak tau macam mana enak nye menulis blog. jd aku create blog aku sendiri. ini la hasil nye.
pagi ini. jam 2.30 pagi.. post pertama aku, telah terpapar di wall blog aku.
lihat la donia...... aku dh ada blog aku sendiri.