Sunday, November 21, 2010
21 November
21 november, usia aku bertambah lagi.. bertambah TUA, bukan MUDA. tapi yang pasti aku bukan tua, aku cuma kurang muda.. nyanyi sikit 'happy birthday to me.. happy birthday to me.. happy birthday to me hazli.. happy birthday to meee'... terima kasih, terima kasih semua. aku besyukur kepadaMU yaALLAH, kerana masih di beri peluang utk bersujud dan menadah tgn padaMU. ALLAH maha besar, ALLAH maha besar, ALLAH maha besar.
21 november telah lahir nya aku kedunia, seorang bayi lelaki seberat 3kg, berbangsa melayu beragama islam.. pertuturan pertama aku lafaz, tangisan. pendengaran pertama aku dengar, azan. pandangan pertama aku lihat, cahaya.. lahirnya seorang aku, yg membawa sinar kebahagiaan,di antara dua pasangan ibu dan bapa. lahirnya seorang aku, sebagai putera sulung di istana mereka. lahirnya seorang aku sebagai penyambung warisan mereka. lahirnya seorang aku menjadi umat MUHAMMAD saw. lahirnya seorang aku, menjadi hamba ALLAH swt.
21 november dewasanya aku kini, menjadi seorang lelaki, suami dan insyaALLAH bakal begelar bapa. terima kasih kawan, terima kasih sahabat, terima kasih kenalan, terima kasih saudara, terima kasih isteri, terima kasih ibu bapa. kerana menjadi sebahagian dari aku. terima kasih.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment