'Takkan Melayu Hilang Di Dunia'.. kata2 Laksmana Hang Tuah kepada dunia. kata2 berkurun berabad lamanya masih kukuh masih utuh di perkatakan hingga kini.
Hingga ke hari ini juga, hanya gah menjadi kata2. ini kerana Melayu hanya pada nama. tidak pada sifatnya. Sifat2 kemelayuan hanya indah secara bertulis tapi tidak pada realitinya. Kalau dulu Melayu bersatu, Melayu teguh. Kini Melayu berpecah, melayu punah. Penderhaka bangsa bersifat angkuh, tamak dan irihati telah membodohkan dan menjahanamkan keMelayuan dan agama. Sedarlah..
Amat pedih melihat bila bangsaku menjadi sebangsat itu. Bangsa yg mempunyai adab budaya kesopanan yg tinggi dan tersohor kini menjadi suatu bangsa yg tidak bermaruah dan tidak bernilai di mata bangsa2 lain. Hanya di sebabkan sebilangan penderhaka ini. Mereka lupa, mereka tak merasa dan mereka tak mengenang jasa. bagaimana azab dan siksa nenek moyang mereka bertarung nyawa mempertahankan tanah air, bangsa dan agama mereka. Cukup dayus penderhaka ini sewenangnya mahu menjahanamkan Melayu di muka bumi ini. Persetan mereka2 itu semua. Sedarlah..
Melayu kini telah menjadi polos (tidak mengerti dan mengenal). Kerana kuasa sesama kita bertelagah, kerana nama kita lupa dan terlalai. Kerana wang maruah tergadai. Ayuh bangsaku, bangkit dan sedarlah dari mimpi palsu indah itu. Jangan berleka lagi. Kini kita telahpun dijajah, Budaya dan agama telah dipesongkan. Sedarlah..
KeMelayuan dah lama hilang. Perpaduan dihalang perpecahan diundang. Fitnah, makian dan cacian menjadi makanan. Bodohnya mereka2 ini, bertuankan pertualang. Bijaknya si batu api. Siapa untung siapa rugi, Sendiri teliti. Tepuk dada tanya selera, ikut rasa hati binasa dan mati. Carilah panduan yg hakiki, nescaya hati putih dan suci. Sedarlah.
Bangsaku, bersamalah kita kembalikan keMelayuan dalam hati seluruh bangsa kita. iaitu bangsa MELAYU. Kita buang sifat2 angkuh, tamak dan irihati sesama kita. Sematkan Melayu bangsaku, Melayu saudaraku. Nescaya KeMelayuan kita pulih kembali.
''Hidup Melayu Bangsaku''
Wednesday, July 6, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment