Thursday, June 9, 2011

Marilah dan Gambit

Kecoh pasal klip video 'marilah' ciptaan Gambit Saifullah. Ada yg memuji dan menyokong. Ada yg mengeji dan membantah. Klip video itu di katakan lebih kebaratan, dimana ada unsur2 lucah. Kandungan dalam video itu menayangkan, watak wanita berbaju tidur seksi. Menari dan berbahasa tubuh yg ghairah dan memberahikan utk tatapan mereka2 yang mempunyai nafsu yg lurus ke arah itu.juga sedikit adegan lelaki dan wanita bersedia untuk melakukan hubungan yg 'erat'.

Kesian Gambit apabila hasil titik peluhnya dikritik hebat. Namun dia perlu mengambil kira sensitiviti masyarakat yang beragama islam, dan budaya masyarakat malaysia. Gambit berkata video itu dibuat utk pasaran luar negara sahaja. Pada pandangan aku, walaupun ke pasaran luar negara. video itu pasti tersebar di serata dunia dan tempatan. itulah kuasa internet. sekarang pun sudah dapat ditonton masyarakat tempatan, sebab itu tercetusnya kontroversi ini.

Mudah, kalau anda semua merasakan sesuatu klip video itu menyimpang dari landasan. jangan tonton habis dan jangan ulang tonton.

No comments:

Post a Comment