Thursday, April 7, 2011

Usop Wilcha Mania




'Saye usop, bekas penari kebudayaan. ingin memberi cadangan, supaya kite bako je rumah kak limah. sape setuju angkat tangan macam saye'.. Siapa tak kenal dengan Usop Wilcha sebut sahaja usop wilcha, besar kecil tua muda pasti mengenalinya.. dengan ayat trademark 'kite bako' menjadi ikutan peminat satu malaysia. ini semua gara2 watak dibawa usop atau Syed Mohd Asri(shy8) dalam filem Zombie Kampung Pisang dan Hantu Kak Limah Balik Rumah yang ditayang kan di pawagam,baru-baru ini.
ternyata keletah usop dgn lenggokan tangan yg terbawa-bawa olehnya sebagai bekas penari kebudayaan itu, berjaya menambat hati penonton yg kini mempunyai ribuan peminatnya sendiri.

Cuba search dalam facebook, taip sahaja nama usop wilcha berlambak keluar fan page usop. perghh kamu memang glamer usop oii.. tuah badan, sape sangke. duduk ateh wilcha buleh glamer.. awok pun salah sorang peminat kamu usop. awok dah kabo. kamu jangan buat kelakor. nanti awok minat giler ke kamu. buah pinggang awok ni tak buleh kontrol ketawe.. bile awok dh ketawe mule je nk poco-poco.

Siapa Syed Mohd Asri (shy8) ni.. bapa kepada seorang anak dan suami kepada seorang isteri ini merupakan, seorang pengurus komunikasi korporat syarikat Tanjung Offshore Berhad. sebuah syarikat minyak dan gas. siapa sangka, shy8 ini adalah seorang yg berjawatan besar. dan pasti juga ramai tak tahu bahawa shy8 terlebih dahulu bergelar penyanyi dan pernah melahirkan sebuah album yg berjudul Terasing Di Bumi Sendiri edaran syarikat rakaman Ambang Klasik pada tahun 1996.

Shy8 baru sahaja selesai menjalani penggambaran sekuel filem Hantu Kak Limah Balik Rumah yang berjudul Husin, Mon dan Jin Pakai Toncit. tak sabo rasenye nk tengok ape ke 'hadiohnye' kepada peminat dalam filem terbaru itu nanti. yang pastinya usop wilcha akan menggeletek setiap penonton dan peminatnya. Tahniah kepada mamat khalid kerana berjaya menghidu seseorang seperti shy8 yg punyai bakat besar dalam dunia lakonan. dan tahniah juga diucap kan kepada shy8, kerana berjaya mencetuskan fenomena usop wilcha.

Awok harap, kamu terus maju jaye dalam lakonan kamu ye usop.. kamu jangan la koje membako romah je. kesian ke deme semua. habih romah takde deme nk duduk mane. haa ce pikior ce pikior. nk harap bantuan subsidi kerajaan bilee la gamoknye mendapat. kesian ke deme.

Suatu masa nk melawat kampung pisang, kuala kangsar

No comments:

Post a Comment