Entah la... malam ni kepala otak aku sikit serabut.. fikiran aku becelaru... runsing, hancing.. kusut rambut aku.. bermacam perasaan yg timbul dalam hati.. marah, sakit hati.. sedih.. sumo cukup. apa yg aku marah pun aku tak tau..
sakit hati pada siapa? aku pun tak tau... sedih aku kerana ape.. aku pun tak tau...
semua ni kerana mereka ke.. entah la..
Aku macam dah overload tunggu masa nak flashover.. rasa nak jerit, terpekik, terlolong macam orang ilang pedoman... Aku rasa macam nk pergi tumbuk muka mereka2 yg sedang masak kt seberang jalan nu (Restoran).. tapi apa salah mereka tu.. mereka tak bersalah.. kadang2 aku rasa nak tapak kan kaki aku kat muka apek2 kedai tayar seberang jalan nu(bengkel tayar).. tapi apa salah mereka, mereka tak bersalah.. lagi pun malam..mana bukak bengkel.. entah la.
Kenapa aku macam ni.. kerana playstation aku rosak? kerana line handphone aku dh kena sekat dari membuat sebarang panggilan? terima kasih celcom.. tanpa pesanan terakhir kau sekat jugak line aku. tinggal lah aku menanti panggilan dari mereka2 yang mengingati aku.. ingat kah mereka padaku? mungkin tidak. kerana aku pun tak pernah cuba mengingati mereka... padan muka aku.. ada mereka kisah.. aku tak pernah peduli.. mereka pun sama..
Parah... jiwaku seakan mahu memberontak.. persis baju merah kat thailand nun.. setiap batuan saat, setiap lenggokan minit.. setiap derapan jam.. aku semakin panas.. resah, gelisah... untuk apa aku begitu, aku pun tak tau.. mereka tahu? tentu sekali tidak.. mereka siapa.. ini tentang aku.. aku punya pasal la.. bodoh.. siapa yang aku bodoh kan.. aku!! bukan... bukan aku. mereka? bukan.. bukan mereka.. tetapi syaitan2 yang memboneka kan.. hati dan akal kewarasan ku.. memang sial. entah la.
Hampeh.. setiap benda yang aku lakukan serba tak menjadi... aku marah sangat ni... bengang se bengang bengang nye... 'woiiiiii apasal kau buat aku macam ni ha woiiiii'
kenapa kau nk merosakkan fikiran anak adam ni... tak boleh ke kau nyah dari hidup aku... masyaALLAH ape yang aku merepek ni.. ya ALLAH... kau berikan la aku kekuatan, untuk memelihara rohani dan jasmani ku... sesungguh nye hidup aku dan mati aku bersamaMU ya ALLAH...
Wednesday, April 14, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
salam..
ReplyDeletewah dahsyatnye bila dah bengang..
takut juga bila baca blog ni..
tapi bagus laa ada tempat nak luahkan perasaan.. kan?
eh eh ada komen la... hehe
ReplyDelete