Tuesday, December 14, 2010

Media Kini

Media cetak atau media elektronik keduanya adalah saluran infomasi.. bezanya, media cetak infomasinya secara bertulis melalui akhbar, majalah dan risalah papan iklan tidak temasuk petai sepapan. manakala media elektronik secara langsung melalui PLASMA/LCD tv 24" 32" 42" mereka.. juga melalui radio dan internet. keduanya juga ada kelebihan dan kekurangan.

kelebihan kedua media ini, setiap maklumat lama, terbaru, terkini, tak kira dalam dan luar negara. infomarsi berguna dapat di sampai kan kepada masyarakat. hiburan, sukan, berita, ekonomi malaysia kini, dunia kini semua ada.. salah satu peranan media yg bagus adalah.. mengelak aku dan mereka semua dari menjadi katak bawah tempurung.. sebagai contoh, media memaparkan kisah masyarakat, aduan tentang nasib malang mereka minta simpati, bantuan dan pembelaan.. kampung tiada bekalan elektrik, air.. di landa banjir.. jalan rosak.. kemiskinan. kejayaan.. promosi perniagaan kampung, pekan, bandar.. semua perkara itu menjadi peranan media utk menyampaikannya.. terima kasih pihak media.. tahniah teruskan usaha anda.

kekurangan. ada kelebihan mesti ada kekurangan.. maklumat yg di sampaikan. kadang2 tidak sesuai.. mengerikan dan keganasan.. hiburan melampau yg melalaikan.. berita yg di tokok tambah supaya lebih berperisa di mata masyarakat.. semua ini memberi impak kepada yg menerima seperti aku dan mereka. sebagai contoh media memaparkan berita yg mengerikan. seperti kemalangan.. peperangan, keganasan.. tajuk besar "pemuda putus kepala dalam kemalangan basikal".. "pesara tentera maut di gilis lori tentera, otak melekat di tayar dan jalan".. "lima beranak terburai perut, di tikam pesakit mental".. "mayat mangsa pengebom berani mati hancur besepai". hari2 ada saja berita mengerikan. ngeri kan dengar.. ada yg tunjuk gambar. ada tu tunjuk gambar tp di kabur kan sikit.. lebih baik tak payah tunjuk langsung. amat besar impaknya kepada aku dan mungkin juga mereka yg lain. kadang2 aku sampai tepikir dunia ni adalah tempat paling tidak selamat untuk hidup. tapi aku cepat tesedar, pantas aku nyah kan fikiran jahil itu dr kepala otak aku. syaitan sentiasa cuba untuk menyesatkan kita.

Media kini. aku tertanya tanya, adakah maklumat yg di sampai kan semuanya benar. atau di reka sekadar melariskan jualan mereka atau mereka di suruh berbuat demikian oleh pihak2 tertentu.. yg kecil di besarkan, yg besar di kecilkan. yg tiada di adakan, yg ada di tiadakan.. yg tidak di bolehkan, yg boleh di tidakkan.. kasihan mereka yg teraniaya. lebih2 lagi dalam isu politik.. mungkin ada yg bersetuju. mungkin ada yg tidak, dgn apa yg aku perkatakan ini. terpulang kepada setiap mereka utk menilai dan melihatnya hari ini. aku berkata hanya melalui sudut pandangan aku. tidak di pengaruhi mana2 pihak.

Sunday, November 21, 2010

21 November




21 november, usia aku bertambah lagi.. bertambah TUA, bukan MUDA. tapi yang pasti aku bukan tua, aku cuma kurang muda.. nyanyi sikit 'happy birthday to me.. happy birthday to me.. happy birthday to me hazli.. happy birthday to meee'... terima kasih, terima kasih semua. aku besyukur kepadaMU yaALLAH, kerana masih di beri peluang utk bersujud dan menadah tgn padaMU. ALLAH maha besar, ALLAH maha besar, ALLAH maha besar.
21 november telah lahir nya aku kedunia, seorang bayi lelaki seberat 3kg, berbangsa melayu beragama islam.. pertuturan pertama aku lafaz, tangisan. pendengaran pertama aku dengar, azan. pandangan pertama aku lihat, cahaya.. lahirnya seorang aku, yg membawa sinar kebahagiaan,di antara dua pasangan ibu dan bapa. lahirnya seorang aku, sebagai putera sulung di istana mereka. lahirnya seorang aku sebagai penyambung warisan mereka. lahirnya seorang aku menjadi umat MUHAMMAD saw. lahirnya seorang aku, menjadi hamba ALLAH swt.
21 november dewasanya aku kini, menjadi seorang lelaki, suami dan insyaALLAH bakal begelar bapa. terima kasih kawan, terima kasih sahabat, terima kasih kenalan, terima kasih saudara, terima kasih isteri, terima kasih ibu bapa. kerana menjadi sebahagian dari aku. terima kasih.

Sunday, October 31, 2010

Rusa 1 - 2 Kijang





Si rusa kecundang di tangan kijang, saat melihat kekalahan di depan mata, hanya tuhan saja yg tahu bagaimana perasaan aku ketika itu.. menitis air mata darah pun tak kan dapat merubah apa2 keputusan pun. telah tersurat bahawa aku kena terima kekalahan
itu. melihat permainan rusa, mereka telah berusaha sedaya mungkin, namun nasib tetap tidak menyebelahi mereka. tahniah la kijang nasib mereka baik.
Rusa bersedih, kijang bergembira.. itu adat pertandingan.. yg kalah terjelepuk, yg menang mendabik dada... antan bertingkah sahut sahutan.. ejek mengejek sulam menyulam, provokasi menjadi hiburan. itulah mereka, beza antara dua nasib.
Rusa tunduk, kijang masih lagi menari.. terlalu megah mereka di atas puncak kegemilangan sana. berbangga mereka dengan keangkuhan mereka, tanpa mereka sedar cerita2 itu telah mengguris perasaan 'teman' sepermainan mereka.. mereka mendada dengan kejayaan mereka..
Rusa telalu bnyk pengalaman, si kijang anak mentah yang baru melangkah ke dunia baru.. mereka masih terbuai dengan keasyikan begelar juara. masih lagi mendada.. kenapa mereka tidak 'mendongak'.. mereka lupa ke.. itulah sikap mereka.. tak tahu lah kalau mereka bergelar sang kecundang.. entah apa yg akan mereka lakukan.. keganasan itu pasti hidangan sajian mereka. maka huru hara lah stadium bukit jalil malam itu..
tercetusnya pergaduhan,mungkin lebih dasyat pembunuhan.. 'siahpaleh hai' kata org n9..
Rusa cuba tersenyum, kijang melebarkan senyuman, tahniah la di ucapkan, peluklah kucuplah.. simpanlah piala yg menjadi milik mereka 'selamanya' itu.
kepada rusa. jika kau merasa kecewa, pandanglah pada sungai, airnya mengalir biarpun bejuta bongkah batu menghalang.. kalau kau merasa sedih, pandanglah pada langit.. kau akan sedar bahawa, ALLAH sentiasa bersamamu. majulah PBNS utk n9..
HOBIN JANG HOBIN....