Saturday, July 30, 2011

Tewas Tetap Bergaya


Harimau Malaya tumpas di tangan Singapura dalam kempen kelayakan Piala Dunia, pada peringkat kedua. kekalahan agregat 6-4 itu, telah memadamkan impian Malaysia utk mengatur langkah mendapat tempat ke Piala Dunia 2014 di Brazil. Skuad bimbingan Dato' Rajagobal ini berasa kesal dan kecewa, bila hanya mampu menghadiahkan kehampaan kepada penyokong dan seluruh rakyat Malaysia.

Apa lagi hendak di kata, cuba lagi lain masa. Bangga dengan skuad Harimau Malaya gagah dan garang di atas padang. tidak seperti singa yang lembik dan suka berpura pura.

Lebih bangga, pemain Harimau Malaya tulen born in Malaysia bukan ciplak seperti pemain singa. Sungguhpun kita tewas, tapi tetap bergaya.

Walau bagaimanapun, TAHNIAH HARIMAU MALAYA.. memartabatkan nama negara.

Saturday, July 16, 2011

Bicara Pakcik Depan Sogo

video 1



Antara bait2 kata Pakcik Depan Sogo:-

"macam itu ke orang ada temadun, engkau tak sedar. Tanya diri engkau, apa bakti engkau pada negara. Jangan tanya apa bakti negara pada engkau"

"Aku tak boleh nampak kiblat ALLAH, dengan duit"

Video 2



"Biar aku miskin, tapi ilmu aku kaya.. biar aku di hina, tapi martabat aku mulia"

"Aku bukan itu layak bagi diriku, aku musafir bukan aku nak di sanjung tinggi. aku bakal mati dan kaku hancur di makan bumi"

Wednesday, July 6, 2011

KeMelayuan Dah Lama Hilang..

'Takkan Melayu Hilang Di Dunia'.. kata2 Laksmana Hang Tuah kepada dunia. kata2 berkurun berabad lamanya masih kukuh masih utuh di perkatakan hingga kini.
Hingga ke hari ini juga, hanya gah menjadi kata2. ini kerana Melayu hanya pada nama. tidak pada sifatnya. Sifat2 kemelayuan hanya indah secara bertulis tapi tidak pada realitinya. Kalau dulu Melayu bersatu, Melayu teguh. Kini Melayu berpecah, melayu punah. Penderhaka bangsa bersifat angkuh, tamak dan irihati telah membodohkan dan menjahanamkan keMelayuan dan agama. Sedarlah..

Amat pedih melihat bila bangsaku menjadi sebangsat itu. Bangsa yg mempunyai adab budaya kesopanan yg tinggi dan tersohor kini menjadi suatu bangsa yg tidak bermaruah dan tidak bernilai di mata bangsa2 lain. Hanya di sebabkan sebilangan penderhaka ini. Mereka lupa, mereka tak merasa dan mereka tak mengenang jasa. bagaimana azab dan siksa nenek moyang mereka bertarung nyawa mempertahankan tanah air, bangsa dan agama mereka. Cukup dayus penderhaka ini sewenangnya mahu menjahanamkan Melayu di muka bumi ini. Persetan mereka2 itu semua. Sedarlah..

Melayu kini telah menjadi polos (tidak mengerti dan mengenal). Kerana kuasa sesama kita bertelagah, kerana nama kita lupa dan terlalai. Kerana wang maruah tergadai. Ayuh bangsaku, bangkit dan sedarlah dari mimpi palsu indah itu. Jangan berleka lagi. Kini kita telahpun dijajah, Budaya dan agama telah dipesongkan. Sedarlah..

KeMelayuan dah lama hilang. Perpaduan dihalang perpecahan diundang. Fitnah, makian dan cacian menjadi makanan. Bodohnya mereka2 ini, bertuankan pertualang. Bijaknya si batu api. Siapa untung siapa rugi, Sendiri teliti. Tepuk dada tanya selera, ikut rasa hati binasa dan mati. Carilah panduan yg hakiki, nescaya hati putih dan suci. Sedarlah.

Bangsaku, bersamalah kita kembalikan keMelayuan dalam hati seluruh bangsa kita. iaitu bangsa MELAYU. Kita buang sifat2 angkuh, tamak dan irihati sesama kita. Sematkan Melayu bangsaku, Melayu saudaraku. Nescaya KeMelayuan kita pulih kembali.

''Hidup Melayu Bangsaku''

Sunday, July 3, 2011

BERSIH vs KOTOR


BERSIH..

Bersih adalah satu keadaan di mana persekitaran, kawasan, permukaan, atau ruang itu terhindar dari sebarang kekotoran.. seperti tiada sebarang sampah, habuk, najis dan sisa makanan yg bertaburan secara semulajadi atau buatan manusia. mempunyai udara yang menyegarkan dan menyihatkan.

KOTOR..

Kotor adalah satu keadaan di mana persekitaran, kawasan, permukaan, atau ruang itu terhindar dari kebersihan.. seperti sampah, habuk, najis dan sisa makanan bertaburan sana sini.. bau busuk, di gemari ulat, tikus, lipas dan lalat.