Wednesday, April 14, 2010

Entah la

Entah la... malam ni kepala otak aku sikit serabut.. fikiran aku becelaru... runsing, hancing.. kusut rambut aku.. bermacam perasaan yg timbul dalam hati.. marah, sakit hati.. sedih.. sumo cukup. apa yg aku marah pun aku tak tau..
sakit hati pada siapa? aku pun tak tau... sedih aku kerana ape.. aku pun tak tau...
semua ni kerana mereka ke.. entah la..
Aku macam dah overload tunggu masa nak flashover.. rasa nak jerit, terpekik, terlolong macam orang ilang pedoman... Aku rasa macam nk pergi tumbuk muka mereka2 yg sedang masak kt seberang jalan nu (Restoran).. tapi apa salah mereka tu.. mereka tak bersalah.. kadang2 aku rasa nak tapak kan kaki aku kat muka apek2 kedai tayar seberang jalan nu(bengkel tayar).. tapi apa salah mereka, mereka tak bersalah.. lagi pun malam..mana bukak bengkel.. entah la.
Kenapa aku macam ni.. kerana playstation aku rosak? kerana line handphone aku dh kena sekat dari membuat sebarang panggilan? terima kasih celcom.. tanpa pesanan terakhir kau sekat jugak line aku. tinggal lah aku menanti panggilan dari mereka2 yang mengingati aku.. ingat kah mereka padaku? mungkin tidak. kerana aku pun tak pernah cuba mengingati mereka... padan muka aku.. ada mereka kisah.. aku tak pernah peduli.. mereka pun sama..
Parah... jiwaku seakan mahu memberontak.. persis baju merah kat thailand nun.. setiap batuan saat, setiap lenggokan minit.. setiap derapan jam.. aku semakin panas.. resah, gelisah... untuk apa aku begitu, aku pun tak tau.. mereka tahu? tentu sekali tidak.. mereka siapa.. ini tentang aku.. aku punya pasal la.. bodoh.. siapa yang aku bodoh kan.. aku!! bukan... bukan aku. mereka? bukan.. bukan mereka.. tetapi syaitan2 yang memboneka kan.. hati dan akal kewarasan ku.. memang sial. entah la.
Hampeh.. setiap benda yang aku lakukan serba tak menjadi... aku marah sangat ni... bengang se bengang bengang nye... 'woiiiiii apasal kau buat aku macam ni ha woiiiii'
kenapa kau nk merosakkan fikiran anak adam ni... tak boleh ke kau nyah dari hidup aku... masyaALLAH ape yang aku merepek ni.. ya ALLAH... kau berikan la aku kekuatan, untuk memelihara rohani dan jasmani ku... sesungguh nye hidup aku dan mati aku bersamaMU ya ALLAH...

Thursday, April 8, 2010

Hari ini

Aku ke melaka Hari ini. Dah tentu atas urusan kerja. minyak dgn tol boleh claim beb. kalau saje2 ermmm tak ada maknanye. buat haus bunga tayar je. Tapi aku bukan lah begitu. Aku tak lah sampai berkira macam tu. Tak tahu la kalau mereka di luar sana.
jangan hairan, kalau mereka begitu. pasti semua dah tahu kenapa mereka macam tu.
Aku tak mahu cakap, nanti "Alamak Terlebih Sudah".
Kerja aku selesai Hari ini juga. Mereka puas hati.. biasala profesional haha...
Mereka tak tahu, masalah tu bukan rumit sangat. cerita nye saje yg rumit.. haha
aku gelak kan mereka.. peduli ape, mereka tak tahu.. Aku saje yang tahu..
Hahaha gelak aku gelak.
Aku balik kL Hari ini juga.. sampai rumah letih sangat2. bukan letih kerja. letih duduk dalam kereta. bukan aku drive pun, rakan sekerja aku.. hahaha rakan sekerja aku la yang terlebih letih nye.. hahaha aku masih gelak. kesian mereka yang drive.
Sampai rumah sebelum Maghrib. Alhamdulillah selepas selesai solat.. Aku 'melurus kan pinggang'. Aku pun tak tahu kenapa ayat tu yang sesuai di gunakan.. sebab ayat itu la yang mereka selalu guna.
Hari ini malam ini.. aku melayar internet.. layan facebook dan blog..
jadi Hari ini, aku menulis lagi..... :)

Pertama Kali

Buat pertama kali nye aku, terpanggil untuk menulis blog. aku bukan nye pandai nk menulis ni. kawan2 aku semua ada blog. mereka kata blog sekadar mengisi masa terluang. betulke? kalau dah 24jam mengadap tu, isi masa terluang ke?. aku nak tau macam mana enak nye menulis blog. jd aku create blog aku sendiri. ini la hasil nye.
pagi ini. jam 2.30 pagi.. post pertama aku, telah terpapar di wall blog aku.
lihat la donia...... aku dh ada blog aku sendiri.