Saturday, September 24, 2011

Hanya Cerita Biasa..

Lama tak menulis, bermula Ramadan sampai dekat penghujung Syawal ini. Hari ini baru aku terasa nak menulis. Bukan apa, Ramadan kita berpuasa bukan puasa makan semata mata. faham2 sudah. Masing2 dah mandi junub pun. bukan anak2 kecil yg digendong lagi.
Awal Syawal tentulah kita sibuk ziarah menziarahi sanak saudara, sahabat handai. Tak kurang juga ada yang menjemput kenduri khawin. Cukup cuti raya, dh mula bekerja. cuti hujung minggu pulak (macam la aku keje opis hour) open house sana, open house sini. manjang open je rumah diaorang. senang keje perompak. hehe itu dah chapter laen.
Oleh kerana memenuhi tuntutan itu semua tadi membuat aku tiada masa untuk menulis. (macam selalu menulis).. tambah sikit (macam la ada orang baca).
Aku seronok betul sekarang ni, Musim EPL dah kembali. Macam biasa la ambo peminat setia LIVERPOOL ynwa. Harap musim ni ada Piala untuk mereka, Sekurangnya Carling Cup. Lama cuti dari sebarang kejuaraan tu. Last 2005 Juara Eropah. Istanbul. Dimana hari itu penuh bersejarah, bagai mati hidup semula bagi kelab Liverpool.
Apa cerita dengan Malaysian Super League ?. Negeri Sembilan la neghori den, Musuhnya Habis Binasa MHB.. Hobin Jang Hobin. InsyaAllah ado rezoki Pialo Malaysia 2011 milik kito hehehe, besar harapan tu. Kalau diberi pilihan antara MSL dan EPL yang mana akan aku tonton jika hari yang sama, aku akan pilih EPL. Kecuali melibatkan Negeri Sembilan Piala Malaysia dan Harimau Malaya untuk international game la.
Kenapa pilih EPL tidak MSL.. tiada semangat kenegaraan ke..? this not about national spirit, this is quality about. kepuasan.. eh teramerika pulak. Kenapa dengan kualiti, Malaysia menghasilkan produk tak berkualiti ke?.. Memang, selain pemain memang Malaysia kekurangan Jurulatih dan pakar taktikal yg berkualiti. Cukup.
Ahmad Hamizan, bukan pemain bola. tapi anak aku yang comel, hensem, cergas dan cerdas tu. Semakin membesar semakin banyak tuah yg dibuatnya. Alahai mulut ibu tak berhenti meleter hehehee... kelakar pun ada comel pun ada gelagat isteri ku seorang, anak kecil hanya berusia 8 bulan tu pun jadi dibawanya 'bergaduh'. Mereka berdua teman setia hidupku. Gigi dah ada 2 batang, merangkak tak cekap lagi dah berhajat nak berjalan. pantang letak mesti nak panjat kusyen. Kuat kakinya, macam kaki pemain bola pun ada hehehe berangan ayahnye, berangan tak salah asalkan tahu bertempat. tak gitu ibunya, hah ibunya angguk. (macam la ibu ada sekarang ni).
huh penat (tipu je), mm cukup la ni sambung laen masa. Assalammualaikum.